Blogger Templates

Happy reading, happy thoughts

Monday, March 12, 2012

dalam mengejar sebuah impian...

Apabila ditanya tentang perasaan seorang yang gagal apa respon yang bakal diterima ?Setiap orang punya persepsi berbeza .Ada yang kata gagal bermaksu habeh dah tamat kat sini saja ,ada yang lebih positif memikirkan mungkin rezeki ada di mana-mana ,ada jugak pikiq gagal sekali tak bermakna gagal selamanya .Apa yang kita kena pikiq of coz yang menghala kearah positif .Meh aku nak kongsi semua pengalaman aku sepanjang berada dalam satu institusi yang digelar SEKOLAH .


Bila sebut sekolah ,budak-budak sekolah komfem akan pikiq sekolah satu perkara yang boring ,penjara macam-macam lagi la.Haa tu bagi budak-budak yang masih beskolah .TAPI ,bila ANDA-ANDA yang bergelar pelajar sekolah mula melangkah keluar daripada satu tempat yang digelar SEKOLAH ,nescaya suasana yang sama takkan ada lagi .Kawan-kawan yg ramai ,cikgu disiplin yang dok kejaq student smoking dalam toilet ,perhimpunan ,kena pakai unifom sekolah dan bagai lagi la.Saat tu komfem kita akan rindu balek kat sekolah .Macam tu la yang aku alami la ni ..Tapi aku untung sikit la sebab aku masok fom6 ,at least dapat jugak merasa suasana sekolah lagi sekali setaun setengah .Yang aku dok crita panjang ni sebenaqnya nak crita pengalaman exam ja pun .Dimana exam menentukan impian .Habaq mai sapa yang takdak impian ,takdak cita-cita habaq mai ..Cita-cita nak dapat awek cun ,cita-cita jugak tu .Tapi suma tu...kena la bermula dengan niat disertai dengan usaha .Rantaian exam besaq malaysia aku mcm ni :

UPSR : 4A 1B (math aku b)
PMR : 5A 3B 1 D ( D bahasa arab jangan cakap la memang aku pekak ,lulus ni kira nsib baik)
SPM : 3 B.... (cukup la habaq yg tu ja memang aku lingkup SPM )

Lingkup SPM memang habeh ar .Aku pikiq camtu la...takdak harapan dah la nk further study ,sebab sangkut kat math .memang jodoh aku dengan ilmu hisab memang tak penah ada la .Daripada dajah 6 sampai fom5 aku tak penah skor A matematik .Dah la syarat am U mmg nanak math .NAMPAK??Yang mana rasa low math pulon la math please .Sangkut math payah nak pi mana-mana pon .Bagi la kredit math .Tau dak kredit ?Kredit tu C dan keatas .haa...sampai camtu aku explain .Ok aku skip tros ke STPM .
Mai time STPM nak kata pulon tu takdak la pulon sangat ...Tapi result STPM aku bagi aku la aku bangga la dapat result camtu walaupon cukup2 makan .Sebab sebelum ni aku tak pernah kata nak dapat result camtu .Alhamdulillah la rasa....Yang tu yang aku nk highlight slogan GAGAL SEKALI TAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA , REZEKI ADA DI MANA MANA .Jangan pernah putus asa .Impian kita ,kita yang tentukan .La ni kita dah buat sehabeh baik ,kita hanya berdoa agar impian kita daripada kecik tercapai .impian aku....buat masa la ni ,ada 2...

MELANJUTKAN STUDY KE UNIVERSITI , DAN MEMBANGGAKAN KEDUA IBU BAPA .
semoga semuanya dipermudahkan....amin...

No comments: