Its been a while since i start writing again .Sebaik saja habes STPM ,tak tau apa yang nak buat seharian .Entah dari mana aku mula decide nak tules balik blog .Memang tengah menganggur la ni .Tulis blog rasanya boleh isi masa seharian kat rumah jugak .Cuma kali ni ,aku decide nk buat blog sebagai diari harian .Kalau takdak kawan ,boleh aku luahkan kat blog saja kan..At least ada jugak tempat untuk bercerita .Hidup aku ni aku rasa la takdak la banyak masalah sangat ,cuma masalah dalaman ja yang banyak timbul .Payah nak cakap pasal masalah dalaman ni .Semua orang pon akan alami masalah dalaman.Tu dugaan dan ujian batin namanya ,hehe .Aku ada research la beberapa faktor kadang-kadang penyakit dalam ni mai (i mean selain masalah penyakit2 dalaman macam gastrik or cancer dll) .Masalah dalaman macam masalah kemurungan ,boring ,blur tu bepunca mai daripada mana sebenarnya .
1. First ,hidup bersosial
- Sosial ni merujuk kepada hidup bermasyarakat ,bukan GEJALA sosial .Haa kena paham tu...Contohnya macam ada kenduri-kenduri orang panggil tapi tak pegi ,ada program-program yg jabatan-jabatan kerajaan or swasta anjur pon tak pergi ,mana la hidup tak boring dan sunyi .Aktiviti macam ni akan buat kita dekat dgn orang lain ataupon masyarakat, bersembang duduk semaja dan sebagainya .Lama-lama tak mustahil penyakit dalaman (boring) ni akan hilang dan communcation skills kita pon betambah maju bila banyak bersosial .
2. Hidup takdak pasangan (awek/pakwe)
- Haa yang ni pulak bagi orang yang single jangan tipu la komfem mesti akan datang rasa sunyi bila hidup tanpa berpasangan .Namun effectnya makin kuat dirasai bagi orang yang dok besa kapel tiba-tiba single .Yaa...penyakit kemurungan ini memang dapat men'nyentapp' golongan sebegini dengan mudah .Bagi yang ada pasangan ,selagi boleh jaga hubungan jaga la dengan baik .Bag yang baru ada niat nak berkapel tu ,teruskan asalkan tak melanggar syarak dan batas-batas agama .
3. Takmau berkongsi masalah
- Habaq mai kat aku sapa yang boleh pendam masalah sendiri?komfem takdak .Walaupon certain-certain orang tu memang jenis pemendam masalah pon ,bila beban dia terlalu besar dia pon tak akan mampu nk tahan .Kita perlu bercerita ,tapi ingat ....jangan pada orang yang salah .Sesetengah perkara boleh bawa berunding oleh ibu bapa dan juga kawan-kawan .Jangan belajar pendam ,nanti stress meletup tidak mustahil gelombang tsunami di Jepun kali ke 2 muncul lagi .hehe
4 .Mantapkan rohani
- Back to where we came .Kembali daripada mana kita berasal .Banyakkan diri beribadah agar diri tak rasa sunyi .Hati memerlukan teman caranya adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah .Selain daripada amalan wajib ,banyakkanlah solat sunat ,puasa sunat ,bersedekah .Bukan tu saja kita boleh buat untuk mantapkan diri ,hadirkan diri dalam majlis-majlis agama yang ada ,ikuti program pemantapan rohani ,bahkan tengok tv pon boleh dapat ilmu .Banyak rancangan agama ada kat tv la ni ,Astro Oasis ,TV Hijrah ,Tv9...terlalu banyak .Mana taw dengan tengok suma tu boleh bukak hati kita dan dapat reducekan masalah dalaman kita kan...
5 .Cuba sibukkan diri
- Mencari kerja sambilan (macam aku memang tak keja sebab aku jaga tok aku) .Benda ni ikut minat sebenarnya ,ikut hobi .Bagi yang kaki facebook ,kaki twitter ,kaki fixie ,kaki futsal buatlah apa pon yang kita minat asalkan masa kita tak terbuang dan dalam masa yang sama boleh buang penyakit dalaman ni .Tules blog pon satu minat jugak ,tak dak la buang masa macam tu ja at least boleh kongsi ilmu dan luahkan perasaan .Cara yang bagus kan :)
Namun semua ni bergantung pada diri sendiri .Diri kita ,kita yang corakkan ,kita yang decide .Buat keputusan yang bijak dalam masa yang sama dapat menjaga perasaan orang sekeliling kita .Jangan ikut emosi ,dan cuba berfikiran matang ,positif dan rasional .Assalam untuk entry taaruf pada kali ini :)
Sunday, March 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment